CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 4, 2012

Perkhemahan Kokurikulum

Anak cikgu yang tumpang sekaki
      Pada tanggal 28 April 2012 yang lalu satu perkhemahan kokurikulum telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di padang serbaguna SK Periang. Seramai 24 orang murid dan 10 orang guru telah mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang diadakan. Perkhemahan dimulakan dengan aktiviti Kem Bestari Solat sesuai dengan matlamat kami yang ingin melahirkan murid-murid yang cemerlang rohani, jasmani dan intelek. Kemudian disusuli dengan dinamika kumpulan, aktiviti solat jemaah, qiamullail, persembahan, pertandingan memasak dan pelbagai aktiviti memenuhi jadual yang telah dibincangkan.
      Rata-rata murid yang mengambil bahagian menyatakan keseronokan kerana dapat mengambil bahagian di dalam aktiviti sebegini dan amat ternanti-nanti akan kehadiran acara ini. Semoga aktiviti ini akan mencapai matlamatnya dan memberikan pengalaman yang berharga buat anak-anak SK Periang

No comments:

Post a Comment

Followers