CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 11, 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Salam semua...
Lama sangat tak update blog ni sebab dah tak banyak masa diperuntukkan untuk kegiatan berinternet.
Pada tanggal 10 Julai yang lalu, seluruh Malaysia telah menyaksikan satu rekod dimana seluruh murid-murid sekolah rendah dan menengah telah mengadakan aktiviti Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.
Hanya satu perkataan untuk menggambarkan kemeriahan hari ini "AWESOME"

Monday, June 11, 2012

Selamat Kembali ke sekolah warga SKEP

Salam semua warga SKEP.
Selamat kembali ke sekolah.
Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Kepada anak-anak muridku, selamat memulakan penggal kedua dengan penuh semangat dan penuh azam.
Semoga Allah memberkati segala usaha dan menjadikan kejayaan sebagai ganjaran di atas usaha anda.
Apa-apa pun.
Selamat Kembali Ke Sekolah

Saturday, May 19, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Big boss yang sporting. Nyanyi lagu
Salam semua blog SK Periang. Dah lama admin tak update blog kerana kesibukan menyediakan soalan PKSR yang bakal menjelang dan juga kerja-kerja menyediakan fail untuk pemantauan JPN. Pada tanggal 18hb Mei maka telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah yang amat sederhana dan suka-suka.





Sharifah's Touch Cake. Yummy
Kemeriahannya masih terasa walaupun hanya 13 orang guru bersama 44 orang murid yang menyertai sambutan ini. Program dimulakan dengan Bacaan doa diikuti dengan bacaan perutusan, Nanyian lagu dan juga acara memotong kek.







Tengok je ye. Ini untuk cikgu

 Thanks to Sharifah's Touch and Pn Yusnita Muniar for the marvelous cake
Seterusnya adalah acara sukaneka dan jamuan. Pada harinya ramai guru yang telah mempamerkan bakat bermain boling kampung. Cikgu Mohd Fathil Bahari telah membuktikan peserta PSKPP acara boling ini memang berbakat.
Jamuan tidak kurang hebat. Pelbagai juadah enak dikongsi bersama. Ada sate, nasi himpit, roti jala, kuih muih dan macam-macam lagi. Sambutan diakhiri dengan persembahan murid, pertukaran hadiah sesama guru dan juga ucapan selamat hari guru oleh murid-murid



Thursday, May 10, 2012

Alert! Saringan Khas Linus Tahun 2/2012

Salam semua warga pelawat.
Saringan khas tahun 2 linus akan di adakan bermula 12 Mei 2012.
Jadual boleh dimuat turun di Portal PPD LINUS
Jangan lupa emel data saringan nanti

Friday, May 4, 2012

Perkhemahan Kokurikulum

Anak cikgu yang tumpang sekaki
      Pada tanggal 28 April 2012 yang lalu satu perkhemahan kokurikulum telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di padang serbaguna SK Periang. Seramai 24 orang murid dan 10 orang guru telah mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang diadakan. Perkhemahan dimulakan dengan aktiviti Kem Bestari Solat sesuai dengan matlamat kami yang ingin melahirkan murid-murid yang cemerlang rohani, jasmani dan intelek. Kemudian disusuli dengan dinamika kumpulan, aktiviti solat jemaah, qiamullail, persembahan, pertandingan memasak dan pelbagai aktiviti memenuhi jadual yang telah dibincangkan.
      Rata-rata murid yang mengambil bahagian menyatakan keseronokan kerana dapat mengambil bahagian di dalam aktiviti sebegini dan amat ternanti-nanti akan kehadiran acara ini. Semoga aktiviti ini akan mencapai matlamatnya dan memberikan pengalaman yang berharga buat anak-anak SK Periang

Followers